WARSAW 21 Feb.- Tiga aktivis bertindak liar dengan merobohkan patung pendeta Poland, Henryk Jankowski yang satu ketika dahulu dikaitkan dengan jenayah penderaan seks di bandar Gdansk, di sini.
Video tular di media sosial memaparkan tindakan aktivis-aktivis berkenaan merobohkan patung Jankowski menggunakan tali sebelum menggantung seluar dalam dan baju kanak-kanak pada patung tersebut.
Jankowski yang meninggal dunia pada 2010 pernah berdepan pertuduhan jenayah pedofilia.-AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











