Tiba masa saya bercakap – Jokowi - Utusan Malaysia

Tiba masa saya bercakap – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 11 Feb. – Calon Presiden (Capres) Indonesia nombor 1, Joko Widodo atau Jokowi bersedia untuk mempertaruhkan kedudukan dan reputasinya demi kebaikan negara ini.

Tempo.co yang memetik Jokowi sebagai berkata, beliau berasa malu kerana selama empat tahun sering dituduh me­lebih-lebihkan orang asing dan menafikan perkara itu.

Tegas beliau, di bawah pentadbirannya, Indonesia berjaya mengambil alih Blok Rokan, Blok Mahakam dan menguasai sebahagian besar saham PT Freeport yang sebelum ini dikuasai syarikat asing.

“Saya akan pertaruhkan seluruh kedudukan, reputasi saya untuk kebaikan negara, bangsa dan rakyat kita,” katanya di Istora Senayan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjelaskan usaha kerajaan mengambil alih telaga gas dan minyak yang ketika ini dikuasai oleh pihak asing di hadapan ribuan alumni sekolah tinggi Jakarta yang menyokongnya.

Jokowi menjelaskan, urusan pengambilalihan kesemua aset itu tidak mudah.

“Adakah ambil alih aset besar itu mudah, senang? Kalau mudah dan senang, sudah dari dahulu diambil alih,” katanya.

Jokowi berkata, di mata pembangkang, beliau sering dipandang sebelah mata.

Beliau merasakan sudah tiba masanya untuk menunjukkan kepada pembangkang bahawa pandangan mereka terhadap­nya adalah salah.

“Dahulu ketika saya dituduh melebih-lebihkan orang asing, saya diam tetapi sekarang, tiba masa saya bercakap.

“Jangan mereka ingat Jokowi itu kurus, penakut. Saya cuma tidak mahu bercakap banyak kerana saya mahu bekerja setiap hari,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN