KUALA LUMPUR 14 Feb. – Tiada sebarang kelonggaran diberikan kepada mana-mana pasukan yang bakal berdepan tindakan sekatan geran andai gagal melunaskan tunggakan gaji pemain, termasuk Perlis. Demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam selepas dimaklumkan bahawa Perlis amat bergantung kepada bantuan geran berkenaan bagi membayar gaji pemain musim lalu. Kata Kevin, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) juga sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut sejak kali pertama mereka berhubung perkara berkenaan. “Semua pasukan yang gagal membayar gaji dan menyerahkan dokumen kewangan seperti diminta tetap akan berdepan tindakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya