Tiada lagi kes kongsi gelap di tapak projek perumahan pinggir bandar di Perak - Utusan Malaysia

Tiada lagi kes kongsi gelap di tapak projek perumahan pinggir bandar di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Polis Perak memaklumkan tiada lagi kes peras ugut atau minta wang perlindungan melibatkan kongsi gelap di tapak projek perumahan di kawasan pinggir bandar di Perak sejak tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, pihaknya telah menyelesaikan kes melibatkan kegiatan kongsi gelap tersebut pada 2017 selepas menahan 37 orang ahli kumpulan berkenaan. 

“Kesemua mereka telah diambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Kesalamtan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1958 (POCA). 

“Kini kita tidak lagi menerima laporan mengenai kegiatan tersebut di kawasan perumahan pinggir bandar melainkan pergaduhan kecil berpunca daripada mabuk, masalah kekasih dan hutang,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Pemangku Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. 

Tambah Razarudin, pihaknya bagaimanapun tidak mengambil mudah mengenai kegiatan kongsi gelap tersebut kerana ia boleh berulang pada masa akan datang. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN