KUALA LUMPUR 2 Feb. – Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang arahan daripada mahkamah supaya memberhentikan atau menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mesej yang sedang ditularkan melalui platform media sosial kepada orang awam yang menyatakan bahawa mahkamah telah memerintahkan larangan merokok di tempat makan ditangguhkan adalah tidak benar. “Adalah diingatkan kepada semua pihak agar terus…










