LONDON 28 Feb. – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui kejayaan pasukannya membelasah Watford 5-0 membuktikan bahawa mereka begitu tertekan untuk berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL). Sadio Mane dan Virgil van Dijk masing-masing menjaringkan dua gol dan satu lagi dihasilkan Divock Origi sekali gus memastikan Liverpool terus kekal di kedudukan teratas mengatasi Manchester City dengan satu mata selepas The Citizens itu menewaskan West Ham 1-0. Tiga seri dalam empat…










