PEMBROKE PINES, Florida – Kejadian lubang benam yang dilaporkan kepada pihak berkuasa di sini baru-baru ini didapati berpunca daripada satu terowong yang digali perompak untuk masuk ke sebuah bank berhampiran. Terowong sempit sepanjang 45 meter dan antara dua ke tiga meter lebar itu dikorek dari kawasan hutan berhampiran dan masih belum siap. Hujung terowong itu pula sudah tidak jauh daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank Chase di Jalan Flamingo.…










