CARACAS 6 Feb. – Tentera Venezuela membuat sekatan pada jambatan di sempadan dengan Columbia sebelum penghantaran bantuan kemanusiaan yang dirancang sebelum ini. Pembangkang yang menguasai Perhimpunan Nasional memberi amaran kepada angkatan tentera melibatkan kem kuasa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro agar tidak ‘melampau’ dengan menyekat bantuan berkenaan. Pemimpin pembangkang, Juan Guaido yang mendakwa sebagai pemangku presiden pada 23 Januari lalu berkata, sehingga 300,000 orang bakal berdepan kematian jika bantuan itu tidak…










