ISLAMABAD 22 Feb. – Pakistan memberi kebenaran kepada tenteranya untuk ‘bertindak dengan tegas dan menyeluruh terhadap sebarang pencerobohan atau konflik bersenjata yang dicetuskan oleh India’. Lapor agensi berita al-Jazeera, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengumumkan perintah terbabit dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Keselamatan Nasional semalam. Menurut kenyataan itu, Pakistan ‘tidak terlibat dalam apa cara, niat atau bentuk’ mengenai serangan pengeboman di wilayah Kashmir yang mengorbankan 42…










