SEPANG 2 Feb.- Meredah perjalanan hampir 350 kilometer (km) dari Pekalongan, Jawa Tengah ke Jakarta, Indonesia kerana terkandas banjir merupakan pengalaman tidak boleh dilupakan bagi 12 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Menceritakan lebih lanjut, menurut pelajar terlibat, Areree Abu Bakar, 24, ketika kejadian kejadian, hujan lebat menyebabkan banjir sehingga paras pinggang dalam tempoh tidak sampai sejam akibat limpahan Sungai Pekalongan. Katanya, pihak berkuasa Indonesia sejurus itu serta-merta mengarahkan meninggalkan tempat tinggal…










