Tempat ibadat terbakar, penghuni rumah selamat - Utusan Malaysia

Tempat ibadat terbakar, penghuni rumah selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas tempat ibadat mereka terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, dekat sini awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.32 pagi ketika penghuni rumah terbabit sedang tidur.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.35 pagi dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebanyak 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikerahkan bagi operasi memadam kebakaran.

“Ketika pihak bomba tiba, kita mendapati ruang tamu sebuah rumah terbakar dipercayai berpunca daripada peralatan sembahyang yang diletakkan atas tempat ibadat mereka.

“Bagaimanapun, kesemua penghuni rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN