KUALA LUMPUR 8 Feb. – Dakwaan berhubung sijil akademik palsu yang dimiliki beberapa pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu ditangani secara serius. Hal ini kerana individu yang dilantik memegang jawatan sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar atau ketua menteri adalah pemimpin kerajaan, justeru mereka harus menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau menzahirkan rasa kesal apabila terdapat beberapa pemimpin PH yang cuba mempertahankan rakan-rakan…










