Taktik Sathianathan dalam ‘poket’ Hadin - Utusan Malaysia

Taktik Sathianathan dalam ‘poket’ Hadin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Kelebihan ber­ada di bawah bimbi­ngan B. Sathianathan selama dua musim berturut-turut menjadi pengalaman berguna kepada Hadin Azman untuk mengenal pasti corak dan taktikal permainan Selangor apabila Red Giants bertemu Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, esok.

Sathianathan dan Hadin pernah bekerjasama bermula tahun 2017 di Felda United, menjulang trofi Liga Perdana pada musim lalu sebelum jurulatih berusia 61 tahun itu membuat keputusan meninggalkan skuad The Fighters hujung tahun lalu.

Selain Sathianathan turut mengikuti jejak langkahnya meninggalkan Felda United dan menyertai Sela­ngor adalah penjaga gol, Farizal Harun.

“Bagi saya, pengalaman itu tidaklah membantu sangat tetapi tidak dinafikan sedikit sebanyak saya sudah mengetahui taktikal dia. Saya tahu dia punya kekuatan dan kelemahan.

“Saya ada berkongsi tips de­ngan rakan sepasukan tentang taktikal dia dan harap-harap ia dapat membantu pasukan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada musim ini, Felda United berwajah baharu apabila pasukan itu dirombak secara besar-besaran dengan menggunakan lebih ramai pemain muda bagaimanapun Hadin tidak melihatnya sebagai isu sebaliknya percaya dengan tenaga muda, The Fighters mampu mencipta kejutan.

“Beraksi di Shah Alam memang tugas berat tetapi itu bukan bermakna kami mudah mengaku kalah,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×