PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan kehadirannya ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini adalah bagi menjawab dakwaan yang mengaitkan namanya dengan isu dana RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas. Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, dia dipanggil berikutan namanya merupakan antara 10 individu disebut dalam hujah balas saman yang dikemukakan pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. “Saya datang bantu selesaikan…