Tak perlu lapor polis hanya kerana Najib lepak, swafoto - Rais - Utusan Malaysia

Tak perlu lapor polis hanya kerana Najib lepak, swafoto – Rais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tindakan beberapa penyokong Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penganjuran program ‘Selfie Bersama DSN’ dibidas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim.

Rais dalam kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya hari ini berkata, laporan polis itu tidak perlu dibuat kerana Najib hanya meluangkan masa di Pulau Langkawi.

“Yang benar tetap benar. Yang hakiki tetap hakiki. Tidak perlu buat laporan polis semata-mata Najib jalan-jalan di Pulau Langkawi, mengambil gambar swafoto atau melepak dengan kenalannya.

“Tunggu saja kes beliau diputuskan di mahkamah,” katanya.

Berita mengenai laporan polis yang dibuat penyokong PH terhadap Najib semalam berhubung lawatan Ahli Parlimen Pekan itu ke Pulau Langkawi tular dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×