Tadika Islam MAIWP terima sumbangan RM40,000 - Utusan Malaysia

Tadika Islam MAIWP terima sumbangan RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Feb. – Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Presint 18, di sini menerima sumbangan berjumlah RM40,000 daripada Kementerian Wilayah Persekutuan bagi membiayai yuran pengajian pelajar serta program food bank.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaitun Abu Bakar berkata, sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merangkumi pembiayaan yuran bagi 13 murid terpilih daripada keluarga kurang berkemampuan, anak yatim, orang kurang upaya serta golongan B40.

“Pembiyaan yuran pengajian adalah separuh dari yuran penuh iaitu RM150 setiap seorang secara bulanan dan sebahagian lagi perlu dibiayai oleh ibu bapa murid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lebihan dana iaitu RM24,450 pula akan digunakan untuk food bank tadika yang membolehkan 297 pelajar lain mendapat makanan dan minuman tambahan berkhasiat,” katanya ketika berucap pada majlis CSR sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019, di sini hari ini.

Zaitun berkata, program CSR itu turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya, MAIWP, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) serta beberapa agensi lain.

Alam Flora katanya, turut menyumbangkan tiga tong sampah kitar semula yang akan ditempatkan di setiap lot tadika secara berperingkat.

“Secara tidak langsung, anak-anak ini akan terdidik dan menjadikan amalan kitar 3R iaitu kurangkan, guna semula dan kitar semula sebagai budaya.

“Dalam masa sama, budaya tersebut dapat memupuk kesedaran bahawa bukan semua bahan buangan atau sampah perlu dilupus malah ia boleh menjana hasil pendapatan tambahan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×