KUALA LUMPUR 15 Feb. – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan menukar had umur serta menaikkan had minimum simpanan untuk daftar tabung haji seperti yang tular dalam media sosial. Pengurus Kanan Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang penetapan seperti ditularkan. “Mohon uar-uarkan bahawa ia adalah mesej palsu dan tidak benar,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. Dalam satu mesej tular, Tabung Haji didakwa akan menukar had umur daftar haji daripada tiada had kepada 25 tahun serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya