Syed Saddiq perlu henti salahkan pihak lain jika diri sendiri bersalah - SNNP - Utusan Malaysia

Syed Saddiq perlu henti salahkan pihak lain jika diri sendiri bersalah – SNNP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 17 Feb. – Suara NGO Negeri Pahang (SNNP) menasihatkan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya berhenti daripada menyalahkan orang lain jika diri sendiri yang sebenarnya melakukan kesalahan.

SYED MOHAMMAD FAIZ AZEMMANT
SYED MOHAMMAD FAIZ AZEMMANT 

Presiden SNNP, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, nasihat itu berhubung dakwaan Syed Saddiq bahawa lehernya dicekak Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Kajang, Selangor semalam.

“Timbul persoalan benarkah Menteri Belia dan Sukan itu tidak melakukan provokasi sedangkan beliau tidak mengikut ketetapan kawasan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Provokasi pihak lain tidak akan berlaku jika Syed Saddiq tidak masuk ke kawasan Barisan Nasional (BN) semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular sebuah klip video memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih.

Menteri belia dan sukan itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way selepas didakwa dikasari dan diugut Papagomo. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini