TEL AVIV 13 Feb. – Beberapa syarikat Israel dan antarabangsa berdepan risiko disenarai hitam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menjalankan perniagaan di penempatan haram yang diduduki rejim Zionis di Tebing Barat. Al-Jazeera melaporkan, antara syarikat yang bakal berdepan tindakan tersebut adalah syarikat telekomunikasi Bezeq; Teva Pharmaceutical dan syarikat minuman gergasi, Coca Cola. Pada 2016, Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) meluluskan resolusi untuk mengumpul senarai hitam mana-mana syarikat Israel dan…