SHAH ALAM 25 Feb.- Suspek yang meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang dekat sini direman selama empat hari bermula hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Majistret Mohamad Azzam Zainal Abidin membenarkan reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
Suspek sebelum itu ditahan di rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari surau itu pada pukul 6.15 petang semalam.
Rabu lalu, jemaah Surau Sabilul Huda menemukan berhala ‘Datuk Gong’ diletakkan di tepi pintu masuk surau itu.
Bagaimanapun, tiga hari kemudian, kejadian sama berulang apabila dua lagi patung berhala diletakkan di atas tembok pintu masuk surau tersebut. – UTUSAN ONLINE











