Sungai Baroh Bial tercemar - Utusan Malaysia

Sungai Baroh Bial tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 18 Feb. – Penduduk di lima kampung dalam Mukim Baroh Bial berdepan ‘bahaya’ apabila sungai yang menjadi nadi utama kehidupan mereka tercemar.

Wakil penduduk, Abdullah Hadi Yusoff, 54, berkata, pencemaran itu mula dikesan mereka pada Khamis lalu dan menjadi lebih serius keesokan harinya apabila ikan yang hidup di dalam sungai berkenaan mulai ‘timbul’.

“Situasi itu membuatkan pen­du­duk menjadi bimbang kerana sungai ini merupakan nadi utama kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bukan kali pertama ia tercemar dan masalah itu sering berlaku sejak beberapa tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Antara kampung terlibat ialah Bukit Sukar, Petai Dusun, Atas Tandak, Bukit Budu dan Banggol Gelam.

Dakwa penduduk, pencemaran itu dipercayai berpunca da­ripada kerja-kerja pelepasan sisa kumbahan kilang sawit yang beroperasi di Tanah Merah.

Difahamkan, kilang sawit itu hanya terletak kira-kira lapan kilometer dari kawasan Mukim Baroh Pial.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Tarmizi Mat Undin, 35, berharap pihak berkenaan dapat mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya, penyelesaian kon­krit mampu memberi kelegaan kepada penduduk di sekitar Mukim Baroh Pial.

“Sungai ini adalah nadi buat penduduk dan banyak manfaat yang dapat dinikmati oleh kami penduduk di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Hamzah Mohammad berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung masalah tersebut.

Katanya, bagaimanapun tindakan segara akan diambil oleh JAS dengan turun ke lokasi untuk melakukan siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN