SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenaan menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM42.06 juta untuk disalurkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Peruntukan berkenaan diserahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang mewakili Kerajaan Persekutuan di Istana Bukit Kayangan, di sini.
Mujahid berkata, peruntukan itu adalah bagi bayaran imbuhan Imam, elaun Guru KAFA dan Guru Takmir Negeri Selangor bagi tahun 2019.
“Peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada seramai 2,700 orang guru KAFA, 760 orang imam dan 142 orang guru takmir di negeri Selangor,” katanya menerusi entri dalam akaun Facebooknya semalam.
Turut berangkat pada majlis itu adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. – K!ONLINE










