Sultan Johor kurnia pingat khas 'Juara Dunia' - Utusan Malaysia

Sultan Johor kurnia pingat khas ‘Juara Dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Feb. – Sultan Johor berkenan mengurniakan pingat khas kepada Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng dari Muar yang merupakan juara bertahan serta juara dunia sebanyak 12 kali.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mengurniakan pingat khas itu ketika sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Sultan Johor pada 23 Mac ini.

Titah baginda, pengurniaan pingat khas itu adalah atas semangat berpasukan yang ditunjukkan serta pelbagai usaha kreatif dilakukan hingga membolehkannya menjadi juara dunia sejak 1994.

“DYMM Tuanku Sultan turut menzahirkan upacan tahniah di atas kejayaan yang dicapai oleh pasukan berkenaan hingga menjulang nama Johor di peringkat antarabangsa,” titah Permaisuri Johor itu kepada Royal Press Office (RPO) di sini sebentar tadi.

Pasukan itu ditubuhkan pada 1988 di Muar oleh Tan Chong Hing yang merupakan seorang ahli perniagaan dan aktivis kemasyarakatan, kejayaan demi kejayaan pasukan itu bukan sahaja membanggakan Johor, malah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN