Sultan Abdullah solat Jumaat di Kampung Baru - Utusan Malaysia

Sultan Abdullah solat Jumaat di Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Masjid Jamek Kampung Baru di sini untuk menunaikan solat Jumaat.

Yang turut berangkat sama adalah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka tiba di masjid kira-kira pukul 1.15 tengah hari yang kemudian disambut mesra ahli kariah masjid termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

agong solat
 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) mengaminkan doa yang dibaca oleh imam Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur  ketika berangkat menunaikan solat jumaat  hari ini. Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

Seri Paduka kemudian mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Imam, Muhammad Asim Salleh Sani bertajuk Raja Didaulat Negara Dimartabat sebelum bersama-sama dengan rakyat menunaikan solat Jumaat.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka meluangkan masa bersalam-salaman dengan rakyat jelata yang begitu teruja dengan kehadiran Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah semalam melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

agong solat
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

Yang turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Baginda berdua dipilih oleh raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lalu, bagi tempoh lima tahun bermula semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×