CUKUP-CUKUPLAH menyentuh isu Elizabeth Tan berani berimej seksi kerana penyanyi ini sudah lama memasang hajat mahu meneruskan hidupnya tanpa sebarang kontroversi. Sekurang-kurangnya, dengan kedatangan tahun baharu kali ini, dia mahu menjadi individu yang lebih positif di samping menghala fokus kepada pada kedua-dua kerjaya iaitu nyanyian dan lakonan. Kedengaran klise, namun kata wanita yang mesra disapa Lizzy ini, sepanjang lima tahun berkecimpung dalam industri seni, dia berani mengaku kini semakin matang…










