MADRID 28 Feb. – Misi Barcelona untuk merangkul kejuaraan Copa del Rey buat kali kelima berturut-turut hampir direalisasikan apabila mereka layak ke final setelah menewaskan Real Madrid 3-0, dua gol dijaringkan oleh Luis Suarez. Bagaimanapun, Madrid dilihat mendominasi permainan pada 45 minit pertama namun tiga gol yang dijaringkan oleh Barca membolehkan juara bertahan itu mara ke final kejohanan tersebut dengan kemenangan agregat 4-1. “Selain Lionel Messi kami mempunyai pemain lain…










