Suara bawa kepentingan rakyat, rakan strategik pemerintah - Utusan Malaysia

Suara bawa kepentingan rakyat, rakan strategik pemerintah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 3 Feb. – Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) hari ini melancarkan Majlis Suara Melayu Johor (Suara) bertujuan membawa suara rakyat di peringkat bawahan kepada pihak berwajib.

Pengerusi Suara, A. Rahman Mahadi berkata, penubuhan tersebut merupakan himpunan kesemua 12 biro PPPMM yang mempunyai kaitan dengan kepentingan awam merangkumi semua aspek dan peringkat.

Antaranya kata beliau, Biro Hal Ehwal Pentadbiran, Kedaulatan, Raja-raja Melayu, Agama, Perancangan, Pemikir dan Strategik; Biro Hal Ehwal dan Perkembangan Politik serta Biro Hal Ehwal Pembangunan Luar Bandar, Felda, Felcra dan Pekebun Kecil.

“Agenda utama Suara adalah menyalurkan suara-suara masyarakat bawahan agar benar-benar dapat didengari dan sampai kepada pihak yang berwajib.

“Ini kerana ketua kampung, penghulu, ahli-ahli pihak berkuasa tempatan (PBT), wakil-wakil rakyat pasti sukar untuk menangani isu-isu di kawasan setempat,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Suara dan Gerakan Pemulihan Bangsa di Hotel Seri Malaysia, Larkin di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, penubuhan Suara adalah bebas daripada pengaruh politik atau bercita-cita politik selain tidak memusuhi kerajaan pilihan rakyat.

Jelasnya, Suara adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan sukarela dan bertindak sebagai pihak yang mendesak serta menyokong kerajaan sekiranya dasar-dasar dibawa baik untuk kepentingan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×