Suami isteri dijel dua tahun kerana dera anak - Utusan Malaysia

Suami isteri dijel dua tahun kerana dera anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tindakan sepasang suami isteri mendera anak mereka berusia 12 tahun membawa padah apabila dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap terhadap Muhammad Farid Rosli, 29, bersama isterinya warga Indonesia, Yuliani Chosibah, 38, selepas kedua-dua mengaku bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Kamarudin turut memerintah kedua-dua tertuduh menjalani bon kelakukan baik selama tiga tahun dan kerja khidmat masyarakat selama 48 jam sekiranya gagal akan dikenakan penjara setahun.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang mempunyai hak jagaan penuh keatas kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Rizki telah menganiaya dan membiarkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di alamat B 01-32, Pangsapuri Desa Melayu, Jalan Bayu Puteri 2 di sini dari tahun 2017 hingga 18 Februari tahun ini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN