Suami bukan raja - Utusan Malaysia

Suami bukan raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUMAH bersepah, pakaian berlonggok belum dilipat dan dibasuh kena pula memasak serta menguruskan keperluan anak ketika penat bekerja di pejabat masih berbaki. 

Segalanya perlu dilakukan sendiri oleh isteri manakala suami pula terperap dalam bilik sambil menggodek telefon bimbit bermain permainan video. 

Walaupun bergelar ketua keluarga, suami tidak wajar memperlakukan isteri seperti orang gaji dengan dibebankan mereka semua kerja rumah.

SUAMI tidak boleh meletakkan tanggungjawab menguruskan rumah tangga sepenuhnya kepada isteri.
SUAMI tidak boleh meletakkan tanggungjawab menguruskan rumah tangga sepenuhnya kepada isteri. 

Malah, sikap acuh tidak acuh suami dalam membantu isteri melakukan kerja rumah bukan sahaja boleh menimbulkan pergaduhan dan menyebabkan kemurungan kepada isteri, malah turut menjejaskan emosi anak.

Sedar atau tidak, golongan isteri sekarang semakin berdikari dalam urusan rumah tangga dan kerjaya menyebabkan wujud perasaan boleh hidup tanpa suami kerana mereka yakin mampu melakukan segala urusan sendiri.

Jika hal ini terus dibiarkan dikhuatiri akan menjejaskan hubungan suami isteri sehingga menggugat keharmonian rumah tangga.

Ikuti kupasan lanjut bersama pendakwah Mohd. Annas Khamis atau lebih dikenali Dai Annas bagi membincangkan isu ini lebih lanjut disamping mendapatkan tips berguna bagi mengatasi suami merasakan diri seperti raja dalam ruangan Mega esok (Selasa). 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN