MANCHESTER – Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui Paris Saint-Germain (PSG) adalah lebih hebat daripada pasukannya selepas tewas 0-2 kepada wakil Ligue 1 tersebut pada aksi pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford, awal pagi semalam. United gagal mempamerkan aksi yang menyakinkan selepas hanya berjaya melakukan satu percubaan ke arah gawang gol PSG dan dihukum dengan gol kemenangan menerusi sentuhan pemain pertahanan Presnel Kimpembe dan…