Simeone disiasat UEFA - Utusan Malaysia

Simeone disiasat UEFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 26 Feb. – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan bahawa mereka sudah memulakan prosiding disiplin terhadap jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone selepas melakukan tindakan memalukan.

Jurulatih dari Argentina itu meraikan jaringan pertama pasukannya ketika mereka menewaskan Juventus 2-0 dalam aksi pertama kalah mati Liga Juara-Juara dengan memegang kemaluannya sambil menggoyangkan pangkal paha.

Bagaimanapun, Simeone memohon maaf di atas tindakannya pada hari yang sama dan berkata tindakan itu dibuat kerana memuji keberanian anak-anak buahnya.

Dalam pada itu, jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dan pasukannya dikenakan tindakan disiplin gara-gara lewat memulakan perlawanan ketika menentang Atletico.

Atletico berdepan hukuman kerana penyokong mereka menghalang laluan serta membaling objek ke dalam padang ketika perlawanan sedang berlangsung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN