MADRID 15 Feb.- Diego Simeone telah menandatangani kontrak baharu bersama Atletico Madrid hingga 2022.
Jurulatih kelahiran Argentina itu ditawarkan lanjutan kontrak setelah membawa pelbagai kejayaan besar buat kelab LaLiga tersebut.
Sepanjang membimbing Atletico, Simeone berjaya membawa pasukan itu meraih kemenangan berganda Liga Europa serta kejayaan mengejut menjulang gelaran liga pada 2014, di samping menjadikan pasukannya sebagai pencabar konsisten dalam semua pertandingan.
“Kami teruja untuk mengharungi masa depan dengan penuh semangat serta menyahut cabaran besar yang menanti.
“Saya melihat usaha yang dilakukan dan nampak orang yang di sekeliling terus berusaha untuk terus maju dan mencapai lebih banyak kejayaan,” katanya yang mendedahkan tidak pernah bercadang untuk berhijrah tempat lain walaupun sering dikaitkan dengan bekas kelab, Inter.
Pengendali berusia 49 tahun itu mula menyertai Atletico Madrid pada 2003 namun berhijrah ke kelab lain sebelum menyertai semula kelab berkenaan pada 2011.- AGENSI










