Bagi masyarakat Cina, sambutan Tahun Baharu Cina membawa harapan kepada kehidupan yang lebih makmur terutamanya dalam aspek kesihatan dan kekayaan. Tidak lengkap perayaan ini tanpa jamuan makan besar bersama ahli keluarga. Bukan hanya dikatakan membawa tuah tetapi tradisi ini kaya dengan nilai simboliknya. Hidangan seperti ikan, udang, ayam, mi, limau mandarin serta kuih bakul antara sajian wajib ketika jamuan makan besar. Pemilihan menu amat penting kerana setiap makanan yang dihidangkan…










