HARI ini warga KL cuti Hari Wilayah. Seronok sakan la sebab boleh sambung ke cuti weekend dan sambung lagi ke cuti Tahun Baharu Cina. Dan sudah tentu ramai yang plan nak balik kampung. Mana taknya polis sudah menjangkakan kira-kira sejuta kenderaan dari KL akan memasuki Kelantan sempena musim cuti perayaan itu.
Mak ai, sejuta tu! azab betullah jalan raya kat sana. Biasalah orang Kelantan ni pantang dengar cuti panjang sikit, mesti nak balik kampung. Baguskan orang Kelantan ni, tak lupa kampung bila duduk bandar nak jenguk mak ayah. Eh orang negeri lain janganlah sentap pula. hehe. Akak Cute bukan niat nak sentuh sentimen kenegerian pun.
Akak Cute sebenarnya nak cerita isu lebih serius soal kemalangan jalan raya. Eh, bosanlah! Takde cerita lain ke. Ya, memang agak bosan, tetapi itulah yang berlaku apabila setiap kali cuti

perayaan. Akak Cute ni hati tisu, tak boleh dengar kalau ada kes-kes menyayat hati sebegini lebih-lebih lagi kalau ada kematian.
Tahu tak sebenarnya kebanyakan punca kemalangan kerana sikap pemandu itu sendiri. Akak Cute tertarik dengan satu kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). Kajian itu mendapati pemandu lelaki 2.4 kali lebih tinggi terlibat dalam nahas jalan raya berbanding wanita. Statistik PDRM pula menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandu lelaki berbanding 103,153 bagi wanita.
Ish, ish, ish…wahai pemandu lelaki, please take note tentang ni ya! Akak Cute mulalah nak berleter ni. Bukan apa, Abang Hensem jugalah yang provoke. Tak percaya tengok kat sini. Kalau korang tengah layan Akak Cute menerusi telefon pintar, boleh la tekan link ini. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kasi-bebel-bila-8232-sebelah-pemandu-1.828826 Baca sendiri apa kata Abang Hensem.
Haa kan dia suruh kita yang perempuan ni membebel kan? Bila kau duduk sebelah pemandu, jangan asyik tengok WhatsApp jer. Berleter sikit kalau dia bawa kereta laju ke potong double line ke.
Amboi, amboi Abang Hensem. Nampaknya berguna juga leteran perempuan ni kan. So korang yang tak suka dengar perempuan berleter tu jangan nak cakap kita orang ni memekak je tau.
Cakap orang perempuan suka membebel tak tentu pasallah, mengomellah, suka meroyanlah. Orang lelaki juga yang buat perempuan suka membebelkan?
Sepatutnya korang bersyukur bila perempuan mulut dia pot pet pot pet. Itu tandanya dia masih sayangkan kau, ambil berat pasal kau. Yang korang patut risau kalau dia diam je tak nak bercakap. Itu tandanya dia dah tak nak peduli dah apa nak jadi kat korang.
Akak Cute setuju dengan Miss Kitty kat Mingguan Malaysia yang cakap orang perempuan ini, kalau dia bising tandanya dia sihat. Kalau tak sihat, dia senyap. So, kaum lelaki silalah tadah telinga untuk kebaikan korang juga ya.











