Siasat dana DAP: Pemuda Pas Pahang turut buat laporan polis - Utusan Malaysia

Siasat dana DAP: Pemuda Pas Pahang turut buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 Feb – Pas terus mendesak agar siasatan dijalankan berhubung dakwaan DAP menerima dana asing termasuk dari Israel.

Terbaharu, empat laporan polis dibuat Pemuda Pas negeri bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan.

Timbalan Pemuda Pas negeri, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan berkata, pelbagai dakwaan timbul bahawa DAP menerima dana asing sejak beberapa tahun ini tetapi tiada tindakan pantas daripada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Jika Pas boleh disiasat atas dakwaan menerima dana RM90 juta maka tiada sebab sepatutnya menghalang siasatan sama dilakukan ke atas DAP.

“Penerimaan dana asing oleh DAP adalah perkara menyalahi integriti dan undang-undang kerana ia boleh membawa ugutan dan ancaman kepada kedaulatan negara,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini.

Yang hadir sama ADUN Beserah, Andansura Rabu dan kira-kira 20 ahli Dewan Pemuda Pas negeri.

Menurut Mohd. Zakhwan, pihaknya mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu yang mana sekiranya benar ia adalah sesuatu yang amat membimbangkan dalam perjalanan politik dan kestabilan rakyat negara ini.

“Jika tidak benar, kami masih mahu penjelasan penafian dibuat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN