LOS ANGELES 14 Feb. – Maria Sharapova menarik diri daripada kejohanan WTA Terbuka Indian Wells selepas gagal pulih daripada kecederaan bahu yang dialaminya. Bintang Rusia berusia 31 tahun itu bergelut dengan kecederaan bahu kanan yang menyaksikan dia turut menarik diri daripada kejohanan di Saint Petersburg, bulan lalu. Penganjur kejohanan mengumumkan perkara itu semalam selain pemain itu turut menarik diri daripada menyertai kejohanan di California pada 4-17 Mac ini. Kedudukan Sharapova sebagai pemain pilihan dalam kejohanan Indian Wells akan digantikan pemain Jerman, Mona Barthel. Sharapova bergelut untuk kembali ke prestasi terbaiknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya