KUALA LUMPUR 4 Feb. – Sesi ujian bagi kelas utama MotoGP yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini, dijangka menerima sambutan peminat, lebih-lebih lagi dengan adanya kelibat pelumba tempatan, Hafizh Syahrin Abdullah dan juga pasukan pertama MotoGP negara, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT). Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali turut mengakui hakikat tersebut dan pihaknya bersedia untuk menerima kehadiran lebih ramai peminat di Sepang.…










