Serangan AS: 35 militan al-Shabaab maut - Utusan Malaysia

Serangan AS: 35 militan al-Shabaab maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 26 Feb. – Seramai 35 militan al-Shabaab maut dalam serangan udara terbaharu di Somalia kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Portal berita Australia, news.com.au melaporkan, perintah ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di benua Afrika mengatakan serangan tersebut menyasarkan kumpulan militan tersebut yang sedang berpindah ke kawasan pedalaman.

Pusat Arahan Afrika AS dalam satu kenyataan berkata, serangan dilakukan kelmarin berhampiran Beledweyne, Rantau Hiran.

Al-Shabaab mahu menggulingkan kerajaan lemah Somalia disokong PBB dan melaksanakan undang-undang syariah. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN