KUALA LUMPUR 28 Feb. – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan semua perlawanan membabitkan pasukan Perlis dalam saingan Liga Premier 2019 terbatal dan tidak akan diberikan sebarang mata. Dalam satu kenyataan, MFL, badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M), menjelaskan skuad Singa Utara akan dikeluarkan daripada senarai jadual perlawanan serta kedudukan liga sama seperti tindakan diambil ke atas pasukan Kuantan FA musim lalu. MFL, bagaimanapun memutuskan untuk tidak membuat sebarang perubahan terhadap perkara teknikal seperti kesalahan tatatertib selain pengumpulan jumlah kad kuning dan kad merah. “Pasukan Perlis akan dikeluarkan dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya