PUTRAJAYA 27 Feb. – Walaupun terdapat penurunan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa sebanyak 0.4 peratus pada tahun lalu, sebaliknya sumbangan pendapatan sektor itu kepada negara meningkat 2.4 peratus. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, negara telah memperoleh pendapatan berjumlah RM84.1 bilion menerusi kehadiran 25.8 juta pelancong pada 2018. Menurut beliau, meskipun pada 2017 dicatatkan ketibaan 25.9 juta pelancong, namun hanya meraih RM82.2 bilion. “Prestasi pelancongan juga mencatatkan pertumbuhan…










