SURAKARTA, Indonesia – Sekolah rendah awam Purwotomo 74 di Surakarta, Jawa Tengah membuang 14 pelajar yang dikenal pasti positif virus HIV/AIDS berikutan bantahan oleh ibu bapa pelajar lain, lapor akhbar Jakarta Post kelmarin. Ibu bapa dan penjaga mengugut pihak pengurusan sekolah berkenaan untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain sekiranya bantahan mereka tidak dipenuhi. Pengetua Sekolah Purwotomo 74, Karwi mengesahkan laporan tersebut. “Kami tiada pilihan. Kami menerima pelajar-pelajar ini berlandaskan…










