Sebanyak 78 peratus undi awal PRK DUN Semenyih - Utusan Malaysia

Sebanyak 78 peratus undi awal PRK DUN Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 26 Feb. – Peratusan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sehingga pusat pengundian ditutup adalah sebanyak 78 peratus.

Data peratusan itu diperoleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 5 petang tadi, selepas menutup peti undi.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun ketika membuat lawatan kerja ke pusat pengundian awal Batalion Ke-4, Pasukan Gerakan Am (PGA) berkata, proses pengundian setakat ini berjalan lancar dan terdapat dua saluran mengundi awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan satu lagi di Dewan Serbaguna Batalion Ke-4 PGA Semenyih.

“Di Kem PGA Semenyih, kita buka sampai pukul 5 petang tadi manakala di IPD Kajang sehingga pukul 2 petang,” katanya di sini hari ini.

Pengundian awal hari ini sepatutnya memperlihatkan seramai 858 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka di dua pusat pengundian.

Daripada jumlah itu, seramai 761 anggota polis PGA dan pasangan dijadualkan mengundi di Dewan Serbaguna, Batalion ke-4 PGA Semenyih manakala 97 anggota keselamatan lagi mengundi di Discress Room, IPD Kajang.

Sebahagian lagi iaitu 93 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis PGA sudah mengundi secara pos.

Berdasarkan rekod SPR, terdapat 951 pengundi awal dan pos secara keseluruhannya di DUN Semenyih, majoritinya adalah anggota keselamatan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×