‘Saya tidak takut dipecat’ - Utusan Malaysia

‘Saya tidak takut dipecat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Feb. – Maurizio Sarri berkata, dia tidak bimbang jika dipecat sebagai pengurus Chelsea, selepas skuad bimbingannya tersingkir daripada saingan Piala FA setelah tewas kepada Manchester United, hari ini.

Sarri berdepan tugas berat untuk menyelamatkan kerja­ya­nya di Stamford Bridge selepas Blues tumpas 0-2 kepada United di pusingan kelima Piala FA.

United membuka tirai jari­ngan setelah 31 minit perlawa­nan berlangsung menerusi tan­dukan Ander Herrera, sebelum Paul Pogba pula menggandakan jaringan pada minit ke-45.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pertemuan itu, Sarri diejek apabila kedengaran je­ritan, ‘anda tidak tahu apa yang anda lakukan’ dan ‘anda akan dipecat esok pagi’ oleh peminat Chelsea yang kecewa menyaksikan Blues kecundang buat kali kelima dalam 10 perlawanan terakhir.

Bintang Chelsea turut mengkritik pengurus me­reka secara terbuka, malah, hubungan Sarri dengan anak-anak bu­ahnya tidak begitu baik di tambah pula dengan tekanan da­ri­pada penyokong yang pasti­nya membuatkan nasib bekas bos Napoli itu kini terumbang-ambing pada musim pertamanya di Stamford Bridge.

Jika dilihat rekod lampau yang pernah diharungi bekas pengurus Chelsea, ke­se­mua me­reka dipecat oleh pemilik kelab, Roman Abramovich apabila Blues tidak lagi mendapat sokongan daripada peminat.

Ketika ditanya sama ada dia bimbang Abramovich akan mengambil tindakan terhadap dirinya, Sarri berkata; “Itu bukan masalah saya. Saya hanya pernah bimbangkan posisi saya sebagai jurulatih ketika bersama kelab Itali di Liga 2, tetapi bukan sekarang. Saya kini tidak lagi bimbang terhadap sebarang keputusan.

“Saya faham perasaan peminat, kami gagal catat keputusan bagus. Kami tersingkir daripada Piala FA. ” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini