SHAH ALAM 1 Feb. – Setelah lama namanya dikaitkan sebagai ‘budak’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, termasuklah dalam isu berhubung pelantikkannya sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, akhirnya tampil membuka mulut hari ini. Tidak melatah dengan persepsi itu, Amirudin secara terbuka mengakui yang beliau sememangnya dipilih Mohamed Azmin untuk mengisi jawatan Menteri Besar, tetapi pemilihannya dibuat melalui proses dan sistem, selain turut mendapat restu daripada parti. “Untuk rekod, selepas akad…










