Sarri pertahan Jorginho - Utusan Malaysia

Sarri pertahan Jorginho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Feb. – Maurizio Sarri mempertahankan keputusannya memasukkan Jorginho ketika menentang Malmo selepas pemain itu diejek oleh peminat Chelsea.

Pengurus Chelsea itu membeli Jorginho yang disifatkan sebagai tonggak kepada ‘Sarriball’ dimasukkan pada minit ke-76 sebelum diejek oleh penyokong The Blues.

Sarri mendakwa selepas pasukannya menang 3-1 dalam aksi pertama, Jorginho memainkan peranan yang penting dalam sistem pasukan.

“Pada 30 minit pertama kami faham kenapa Jorginho amat penting untuk pasukan.

“Kami berada dalam masalah untuk keluar daripada kawasan sendiri namun saya fikir dengan Jorginho keadaan menjadi lebih mudah.

“Saya berhara peminat dapat memahami Jorginho bahawa dia pemain yang amat penting untuk kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN