KUCHING 13 Feb. – Pusat Latihan Atlet Elit Sarawak akan ditubuhkan di Kuching bagi menyediakan kemudahan latihan jangka panjang kepada atlet kelainan upaya negeri ini yang berpotensi meraih pingat emas pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) dan Para Sukma di Johor pada 2020. Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden berkata sebagai permulaan, sejumlah 20 atlet kelainan upaya akan dipilih berdasarkan merit bagi menjalani latihan di pusat latihan berkenaan, sekali gus dapat mewakili negara pada masa akan datang. Beliau berkata atlet berkenaan akan diberi elaun wang saku dan disediakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya