Sampai bila? - Utusan Malaysia

Sampai bila?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan sampai bila harga air mentah yang dijualkan kepada negara jiran, Singapura perlu berada pada paras rendah.

Perdana Menteri menyifatkan harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah yang ditentukan pada tahun 1962 sebagai tidak munasabah.

“Pada masa itu 1 sen boleh beli banyak barang, itu yang saya cerita jadi waktu ini 1 sen tak boleh beli apa, 3 sen pun tak boleh beli apa.

“Sepatutnya harga sesuatu barang itu mengikut keadaan semasa, hari ini kita tidak bercakap pasal milionaire lagi tetapi bilionaire kerana pendapatan manusia sudah meningkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Pelancaran Dasar Komuniti Negara di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN