Sambutan Tahun Baharu Cina MPS meriah - Utusan Malaysia

Sambutan Tahun Baharu Cina MPS meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG 21 Feb. – Kira-kira 1,200 pengunjung memeriahkan program Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diadakan di bangunan MPS, di sini semalam.

Program yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 2 petang itu diisi dengan pelbagai acara menarik antaranya menggaul yee sang, persembahan tarian singa selain penampilan pemuzik tradisional Cina.

Yang Dipertua MPS, Suliman Abd. Rahman berkata, majlis itu bertujuan memupuk semangat perpaduan dan perkongsian budaya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharapkan usaha ini dapat mengukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin demi kesejahteraan masyarakat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×