Saifuddin ketuai delegasi Malaysia ke PBB - Utusan Malaysia

Saifuddin ketuai delegasi Malaysia ke PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Feb. – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Segmen Peringkat Tertinggi Sesi Ke-40 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland bermula hari ini hingga esok.

SAIFUDDIN ABDULLAH
SAIFUDDIN ABDULLAH 

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau akan menyertai dan menyampaikan kenyataan negara di Segmen Peringkat Tertinggi Majlis Hak Asasi Manusia, Majlis Sumbangan Peringkat Tertinggi (High-Level Pledging Event) Mengenai Krisis Kemanusiaan di Yemen dan Segmen Peringkat Tertinggi Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata.

Beliau berkata, Majlis Hak Asasi Manusia adalah sebuah badan antara kerajaan di bawah PBB yang bertanggungjawab dalam memperkasakan usaha mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.

“Semasa Segmen Peringkat Tertinggi Majlis Hak Asasi Manusia, Saifuddin akan menyuarakan pendirian terkini kerajaan mengenai isu-isu berkaitan dengan hak asasi manusia. 

” Malaysia juga akan mengumumkan sumbangan berjumlah AS$100,000 (RM407, 218.33) kepada tabung kemanusiaan PBB semasa Majlis Sumbangan Peringkat Tertinggi (High-Level Pledging Event) Mengenai Krisis Kemanusiaan di Yemen,” jelas kenyataan itu di sini hari ini. 

Menurut Wisma Putra, selain  mengadakan beberapa pertemuan dua hala, Saifuddin  juga akan bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi mengenai Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, melawat Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies(IFRC)) . 

“Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dengan masyarakat madani dan masyarakat Malaysia di Geneva,”  jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN