Saham Gamuda naik 1 sen - Utusan Malaysia

Saham Gamuda naik 1 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Saham Gamuda Bhd.naik satu sen kepada RM2.50 sesaham pada pukul 11 pagi ini setelah syarikat itu menjamin rancangan pengambilalihan konsesi ikut nilai pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 10.01 pagi semalam, saham Gamuda susut  28 sen kepada RM2.76 dengan 18.63 juta saham saling berpindah tangan.

Dalam maklumannya di Bursa Malaysia semalam, Gamuda berkata, pihaknya akan memastikan rancangan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya seperti yang dicadangkan kerajaan, dibuat berdasarkan norma dan amalan penilaian pasaran.

“Gamuda sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan berkaitan cadangan pengambilalihan itu,” kata syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka itu di sini. 

Saham Gamuda susut pada awal dagangan semalam susulan laporan bahawa kerajaan telah memulakan rundingan dengan syarikat itu bagi tujuan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya dengan pegangan majoritinya, sejajar hasrat untuk memansuhkan kutipan tol di kawasan tersebut.

Lebuh raya itu adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN